Tuesday, 29 May 2012

SEMBELIHAN

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunaka alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.

Rukun Sembelihan
1. Orang yang menyembelih
2. Binatang yang disembelih
3. Alat untuk menyembelih
 
Syarat-Syarat Sembelihan
1) Orang yang menyembelih
a) beragama Islam @ ahli kitab
b) Baligh ; tidak sah jika kanak-kanak
c) berakal ; tidak sah jika orang gila
2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
3) Alat Sembelihan
a) mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) tidak termasuk gigi, tulang dan kuku
 
Syarat Sah Sembelihan
1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih
 
Sunat Sembelihan
1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang

Monday, 14 May 2012

RESEPI: Sup Lembu Segar Dari Ladang

mula-mula, untuk buat sup nie.. kita perlu mendapatkan bekalan daging lembu yang segar dari ladang,,bekalan daging lembu yang paling sesuai untuk resepi ini boleh didapati dari Ladang Pasfa Ternak SDN BHD..hmm anda terlebih dahulu perlu menghubungi:-
  • Dr. Hj Sansul Bahri bin Hj Ahmad 019-7729596
  • En. Azhar bin Mohamad 013-9004411
  • Muhammad Shaa'riakmar bin Mohamad Desa 017-9240373
  • En. Saad Bin Hasim 017-9086051     
setelah mendapat bekalan daging lembu yang segar dari ladang,,,anda bolehlah mencuba resepi ini..yeay!!

SUP LEMBU SEGAR DARI LADANG

Bahan-bahan untuk Sup
  • 500 g daging + tulang2 lembu
  • 1 sudu besar lada putih – dikisar
  • 4 biji bawang merah- dikisar
  • 1 labu bawang besar – dikisar
  • 5 ulas bawang putih -dikisar
  • 1 1/2  inci halia – di kisar
  • rempah 3 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
  • Air untuk kuah secukupnya
  • garam
  • serbuk perasa   
Bahan-bahan untuk sambal kicap     

  • 15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 cawan kicap manis
  • minyak masak untuk menggoreng 
Bahan-bahan untuk hiasan
  • hirisan limau nipis
  • hirisan cili
  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng

cara-cara menyediakan sup lembu segar dari ladang
  •  Rebus tulang2 lembu bersama daging hingga empuk.
  •   Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
  •   Kemudian curahkan bahan tumis bersama minyak2nya kedalam rebusan daging tadi…
  •   Masak lagi hingga mendidih dan sesuaikan rasa.
cara-cara menyediakan sambal kicap
  • goreng sebentar cili dan bwg putih sehingga meletup-letup cili.
  • selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk
  • tumbuk kesemua bhn tadi termasuk gula sehingga lumat.
  • setelah lumat keluarkan msukkan ke dlm satu bekas kedap udara dan gaulkan bersama 1 cawan kicap
  • sedia untuk dihidang bersama Sup Lembu Segar dari Ladang 
hasilnyAAAAA........  



                                      ~ ~ ~SaMbAl kIcAp ini dihidangkan bersama  ~ ~ ~




                                         ~ ~ ~ SuP LeMbU SeGaR DaRi lAdAnG ~ ~ ~


                                                                                                                                                                                                                                

severe disease on cow

Foot-and-mouth disease (FMD)